Video Pantas Langsaikan Hutang – Teknik Snowball

Kebanyakan dari kita tidak boleh mengelak dari berhutang , terutama jika melibatkan pembelian produk dan barangan yang mahal harganya seperti motosikal , kereta , rumah dan sebagainya.

Siapa nak berhutang kalau boleh beli tunai kan , tetapi dalam keadaan tertentu kita tak mampu nak beli secara tunai , kalau nak simpan dan kumpul duit pasti akan ambil masa yang lama , silap-sliap kita melepas.

Siapa yang tidak berasa penat bayar hutang bertahun lamanya dan tengok baki hutang seperti tidak berganjak pun , kalau kita bayar ansuran bulanan seperti yang diminta oleh pihak bank atau instutusi kewangan yang kita pinjam maka ikutkan jadual pasti bertahun-tahun akan selesai.

Tapi kalau ikutkan cara dan teknik yang Tuan Zaidi ajarkan ianya dapat diselesaikan dua (2) kali lebih cepat dan dalam beberapa kes ianya dapat dilangsaikan dalam masa beberapa bulan sahaja.

Baca lebih lanjut di sini: http://bit.ly/2EGGy7D