Pulang

Layan lagu pulang sambil layan komen.

“Menangis bila dengar lagu ni… suami saya bawa grab..dia selalu balik lewat malam,bila saya call suruh balik sebab anak dah rindu dia akan cakap “nanti dah cukup duit abg balik yea syg” same sangat macam lagu ni…dia kerja keras,sampai lupa nak makan kadang2 and dia memang salalu kate, ” abg tak makan takpe,janji isteri and anak abg cukup makan”!! Thank you abg..semoga abg dimurahkan rezeki.”

“Rindunya pada anak dan isteri di Malaysia. Apakan daya, aku perlu terus kuat cari rezeki di Singapore. Hari ni hampir 8 bulan Wife pregnant tanpa aku disisi. Aku disini berpura2 kuat bila berhubung dengan mereka. Tapi tangis aku hanya Tuhan yang tahu.”

“Saya wakil dari p hailing foodpanda rider. Doakan kami sebagai rider2 supaya setiap perjalanan kami sepanjang diatas jalan dipermudahkan, dijauhkan dari perkara yg tidak diingini. Jika ade isu ats sbb lmbt smpai htr mknn mohon maaf dari kami. Kami pun mcm anda mncari sesuap nasi tidak mengira hujan atau panas terik.”

“Aku sekarang berada di luar negara. Mencari rezeki untuk keluarga. Tak sabar nak pulang, nak jumpa bapak dan adik beradik. Semoga mereka dimurahkan rezeki. Amiin.”

“Teringat kepada keluarga yang tersayang. Mereka yang jaga kita dari kecik sampai ke besar. Banyak mereka berjasa demi masa depan kita. Sekarang, kita pulak yang besar-besar ini berjasa kepada orang tua kita. Tanpa penjaga atau keluarga, hidup kita tak akan maju hingga sekarang. Hargailah mereka jika masih ada.”

“Tengah niaga pasar malam, hujan lebat. Syahdu betul dengar lagu ni. Anak letak kat oranggg sanggup tak balik tunggu ada hasil dulu. Demi anak, demi keluargaku, demi masa depan.”

“Aku dh 27 tahun ni.. keje guard.. ayah ade minor heart attack.. mak dh xlarat nak jalan.. adek2 pon ade yg sekolah lagi.. 7 org adek beradik.. aq sulung.. still duduk dgn family.. biar lahh ape org kata.. aq ni xpandai berdikari ke apa ke.. asalkan tiap kali aq balik dari kerja.. aq boleh nampak muka mak ayah dgn adek2 aq.. 🙂 “

“Aku kerja kilang… Dulu semuanya ok stabil… Tatkala covid dtg.. Perlahan lahan tempat kerjaku kurangkan masa kerja tambahan juga hari kerja dikurangkan… Segala elaun yg sebelum ini banyak… Dah berkurang.. Sangat banyak… Balik rumah tatap wajah anak isteri jadi sebak.. Tak menangis depan mereka… Dalam tandas.. Dalam bilik… Waktu bawa motorsikal balik pergi kerja… Aku tak dapat menahan… Aku menangis memikirkan apa yg bakal berlaku kelak.. Skrg aku dalam proses mencarj kerja part time food delivery… Doakan kehidupan aku dipermudahkan wahai kawan kawan… Dengar lagu nii aku sebakk sangattt…… 😭 “

“Aku seorang pengembara yang mencari rezeki di bumi Jerman. Bila Covid-19 datang memang effect bisnes aku di Jerman. Lirik ni memang hit me really hard. Dari gaji beribu ribu sebulan, terus jadi sikit memang kadang-kadang tak makan sebab nak save duit hantar dekat Malaysia. Selepas beberapa bulan, aku decide untuk pulang ke malaysia. Sekarang tengah otw balik sambil dengar lagu ni. Slow-slow mata aku berair 😭. Doakan rezeki aku di Malaysia insyaAllah !”

Zulhairi Seman
Syukur walau diuji.
17/10/2020 @ 12:20 Tengah hari