Orang Buta Boleh Nampak Masjid

Bismillah.

Beberapa hari lepas, ketika menunggu lif, kelihatan seorang buta berbekalkan sebatang tongkat, berjalan pulang.

Pulang dari solat berjemaah di masjid.

Lalu berkata salah seorang pakcik yang sama-sama menunggu lif, “Orang buta boleh nampak masjid.”

Sering melihat insan buta itu berjemaah di masjid. Terutama waktu malam dan hujung minggu.

Sungguh malu kepada diri sendiri.

Apa lagi alasan mahu diberi jika kelak ditanya mengapa tidak solat berjemaah?

Di dunia mungkin banyak alasan dapat diberi. Tetapi jika di Akhirat? Ketika itu mulut sudah dikunci. 🙁

Zulhairi Seman
Makmum Jarang Ada Kerap Tiada
24/4/2015 @ 10:57 Malam