Bismillah.
Cerita pasal buku, aku bukanlah kaki buku.
Aku sejenis yang tak rajin nak membaca buku.
Lagi-lagi kalau buku yang kandungannya panjang-panjang.
Ditambah pula jika tulisan dalam bahasa Inggeris.
Memang tak la.
Kali terakhir aku beli buku pun pada waktu PKP, June 2021.
Setakat ini senarai buku yang aku ada tidaklah begitu banyak.
Antaranya:
Kategori Hartanah; Buat Untung Dengan Rumah Sewa, Diari Hartanah #ladybossproperty, Gaji RM2500 Boleh Beli 6 Rumah, Hobi Hartanah, Mudahnya Beli Rumah ; 6 Rumah Setahun, Tips Sewaan Rumah.
Kategori Kewangan; Bergaji & Pokai, Forensik Kewangan, Hidup Tenang Walaupun Berhutang, Money Sense | Getting Smart With Your Money, Why We Want You To Be Rich (Edisi Bahasa Melayu).
Kategori Motivasi: Inspirasi Sukur, Kuasa Kepimpinan 4E, Mudahnya Menjemput Rezeki, Sementara Ku Di Sini, Takdir Itu Anugerah.
Kategori Perniagaan: Bongkar Kuasa ‘P’ Dalam Bisnes, Kuasai Pemasaran 4.0 Era Digital.
Kategori Travelog: Travelog Jepun, Travelog UK.
Buku-buku yang tak seberapa banyak itu, tidak semua aku habis baca.
Kategori-kategori buku yang aku rajin nak membaca adalah antaranya berkaitan hartanah dan kewangan.
Itu pun sekiranya kandungan buku tersebut lebih kepada perkongsian pengalaman peribadi. Bagi aku apa yang mahal adalah pengalaman peribadi mereka.
Hidup ni terlalu singkat untuk kita merasa semua pengalaman itu secara sendiri.
Jadi, kita belajar daripada pengalaman hidup mereka yang lain.
Sekian.
Zulhairi Seman
Bukan Ulat Buku
5/2/2023 @ 10:39 Malam