Begitulah Perhubungan Kami

Bismillah.

Berikut adalah beberapa tweet yang aku petik dari laman twitter.

“Menyayangi tidak semestinya memiliki”. “Perpisahan itu kadang-kadang memberi sejuta hikmah disebaliknya”. “Jika kita redha atas sesuatu yang mengecewakan hati kita, percayalah Allah akan menggatikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak dijangka”.

Begitulah apa yang aku rasai ketika ini. Hubungan kami selalu tidak kekal lama. Hari ini bertemu, seminggu dua berpisah semula. Kemudian bertemu kembali dan berpisah lagi.

Sudah 5 bulan berlarutan begini. Belum ada jalan penyelesaian. Sering bertemu dan berpisah.

Begitulah perhubungan kami. Hubungan aku dengan duit gaji aku setiap bulan. Aku suka dia, tapi dia suka habis. Kini baru mengerti, perasaan perhubungan cinta 3 segi.

Namun tidak mengapa. Aku redha. Aku hanya perlu sabar lagi dan lagi. Insyallah akan ada ganjaran baik atas apa yang aku rancangkan.

Oh duit gajiku. 😀

Zulhairi Seman
Pencinta Setia
10/4/2015 @ 8:24 Malam